Sunday, 20 September 2020

Kisah Lagenda Buaya Bujang Senang Di Sarawak

 



Kenalilah Kisah Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia. Bujang Senang berjaya ditembak mati pada 22 Mei 1992 namun nama buaya ini masih disebut sehingga ke hari ini. Berikut adalah kisah Bujang Senang dan bagaimana kewujudannya mengganas masyarakat setempat di Sarawak

Dipercayai Binatang Jelmaan Pahlawan Iban, Simalungun

Menurut mitos, Bujang Senang kononnya jelmaan seorang pahlawan Iban iaitu Simalungun. Pada suatu hari, isteri Simalungun diculik oleh musuh-musuh mereka dan ketika Simalungun cuba menyelamatkan isterinya, isterinya dibunuh. Akibat insiden ini, Simalungun menyerang musuh-musuh nya.


Salah satu saudara Simalungun, seorang dukun yang berkuasa, berusaha untuk mencari Simalungun dan isterinya namun gagal. Dukun tersebut hanya tahu nasib saudaranya dalam mimpi. Menurut mitos Iban, Simalungun memberitahu saudaranya bahawa dia mahu membalas dendam terhadap pembunuh-pembunuhnya.

Pada hari yang keesokannya, dukun tersebut turun ke tebing sungai dan meminta semua tuhan mitos Iban untuk mengubahkan Simalungun menjadi seekor buaya yang berwarna putih. Ia akan diberi nama Bujang Senang dan akan tinggal di Batang Lupar di Sri Aman.


Semenjak itu, buaya tersebut menjalankan balasan dendamnya terhadap semua keturunan yang membunuhnya dengan isterinya.

Kebanyakan mangsa buaya ini berbangsa Iban. Ini kerana kebetulan kaum Iban biasanya menduduki di lembah sungai-sungai di Sarawak seperti Sungai Saribas, Sungai Rajang, Sungai Sadong dan sebagainya.

Selama 50 tahun, Bujang Senang menjalankan balas dendamnya sehingga ia berjaya ditembak mati pada 22 Mei 1992.




Selain Bujang Senang, Terdapat Lagi Buaya Besar Yang Ada Di Sarawak

Bujang Senang bukan satu-satunya buaya besar di Sarawak. Terdapat beberapa buaya besar yang masih ada iaitu Bujang Belawai, Bujang Selar, Pak Indon dan banyak lagi.

Walaupun terdapat buaya-buaya yang besar selain Bujang Senang, ia tidak dinafikan bahawa Bujang Senang memang buaya yang sangat besar, sehingga diiktiraf sebagai salah satu lima buaya terbesar di dunia.



No comments:

Post a Comment