Monday, 21 September 2020

Cucu disyaki membunuh nenek sendiri

 




Kuching: Wanita warga emas ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh cucu lelakinya sendiri di Kampung Rampangi di sini, pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 6.40 pagi selepas disedari seorang anak saudara mangsa yang pergi ke rumahnya untuk menziarahinya.

Menurutnya, mangsa berusia 66 tahun ditemui terbaring di ruang tamu rumahnya dalam keadaan muka berlumuran darah.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai akibat ditikam beberapa kali di bahagian muka dengan menggunakan senjata tajam," katanya yang dihubungi hari ini.

Merbin berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 27 tahun dipercayai bertengkar dengan mangsa pada malam sebelum kejadian kerana tidak diberi wang.

Katanya selepas membunuh mangsa, suspek melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah kosong berdekatan tempat kejadian sebelum ditangkap orang awam.

Beliau berkata, suspek kemudiannya diserahkan kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 7.40 pagi dan ditahan untuk tindakan siasatan lanjut.

Merbin berkata, ketika ditahan, suspek masih dalam keadaan khayal dan ujian saringan awal air kencing terhadapnya disahkan positif dadah methamphetamine.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek pernah ditahan sebanyak dua kali pada 2019 atas kesalahan jenayah berkaitan dadah," katanya.

Merbin berkata, pemeriksaan di tempat kejadian turut menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke HUS untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber : Harian Metro

Sunday, 20 September 2020

Kisah Lagenda Buaya Bujang Senang Di Sarawak

 



Kenalilah Kisah Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia. Bujang Senang berjaya ditembak mati pada 22 Mei 1992 namun nama buaya ini masih disebut sehingga ke hari ini. Berikut adalah kisah Bujang Senang dan bagaimana kewujudannya mengganas masyarakat setempat di Sarawak

Dipercayai Binatang Jelmaan Pahlawan Iban, Simalungun

Menurut mitos, Bujang Senang kononnya jelmaan seorang pahlawan Iban iaitu Simalungun. Pada suatu hari, isteri Simalungun diculik oleh musuh-musuh mereka dan ketika Simalungun cuba menyelamatkan isterinya, isterinya dibunuh. Akibat insiden ini, Simalungun menyerang musuh-musuh nya.


Salah satu saudara Simalungun, seorang dukun yang berkuasa, berusaha untuk mencari Simalungun dan isterinya namun gagal. Dukun tersebut hanya tahu nasib saudaranya dalam mimpi. Menurut mitos Iban, Simalungun memberitahu saudaranya bahawa dia mahu membalas dendam terhadap pembunuh-pembunuhnya.

Pada hari yang keesokannya, dukun tersebut turun ke tebing sungai dan meminta semua tuhan mitos Iban untuk mengubahkan Simalungun menjadi seekor buaya yang berwarna putih. Ia akan diberi nama Bujang Senang dan akan tinggal di Batang Lupar di Sri Aman.


Semenjak itu, buaya tersebut menjalankan balasan dendamnya terhadap semua keturunan yang membunuhnya dengan isterinya.

Kebanyakan mangsa buaya ini berbangsa Iban. Ini kerana kebetulan kaum Iban biasanya menduduki di lembah sungai-sungai di Sarawak seperti Sungai Saribas, Sungai Rajang, Sungai Sadong dan sebagainya.

Selama 50 tahun, Bujang Senang menjalankan balas dendamnya sehingga ia berjaya ditembak mati pada 22 Mei 1992.




Selain Bujang Senang, Terdapat Lagi Buaya Besar Yang Ada Di Sarawak

Bujang Senang bukan satu-satunya buaya besar di Sarawak. Terdapat beberapa buaya besar yang masih ada iaitu Bujang Belawai, Bujang Selar, Pak Indon dan banyak lagi.

Walaupun terdapat buaya-buaya yang besar selain Bujang Senang, ia tidak dinafikan bahawa Bujang Senang memang buaya yang sangat besar, sehingga diiktiraf sebagai salah satu lima buaya terbesar di dunia.



Sunday, 7 June 2020

Review K-Drama Sky Castle

Untuk pertama kali, saya berminat untuk mengulas tentang satu korean drama yang telah saya nonton. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang minat dengan Korean Drama. Tetapi, drama ini telah dicadangkan oleh seseorang. Jadi saya membuat keputusan untuk menontonnya di Netflix.

Drama yang akan saya review atau ulas pada kali ini ialah "SKYCASTLE".

Drama ini telah diterbitkan pada tahun 2018 dan merupakan antara kdrama yang mendapat jumlah tontonan tertinggi di Korea. 

Secara asasnya, drama ini melibatkan dengan 5 buah keluarga. Keluarga Han Jeo Sin, Lee Soo Im, No Seung Hye, Jin Jin dan keluarga Lee Myung soo. 

  1. Han Seo-Jin berkahwin dengan pakar bedah ortopedik Kang Joon-Sang .  Mereka mempunyai dua anak perempuan.  Han Seo-Jin seolah-olah mempunyai kehidupan yang sempurna, tetapi dia mempunyai rahsia. 
  2. Lee Soo-Im (Lee Tae-Ran) adalah seorang penulis buku kanak-kanak.  Dia memegang kasih sayang dan pertimbangan yang mendalam bagi orang. Lee Soo-Im berkahwin dengan neurosurgeon Hwang Chi-Young . Mereka mempunyai anak lelaki.
  3. No Seung-Hye  berkahwin dengan profesor sekolah undang-undang Cha Min-Hyuk. Suaminya bercakap mengenai keadilan dan kebahagiaan, tetapi dia menyembunyikan sisi yang berbeza. Satu dengan mempunyai egoisme yang melampau. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan. 
  4. Jin Jin-Hee berasal dari keluarga kaya.  Ayahnya memiliki bangunan.  Jin Jin-Hee mengagumi Han Seo-Jin dan cuba menyalin apa yang dia lakukan.  Seperti Han Seo-Jin, Jin Jin-Hee berkahwin dengan pakar bedah ortopedik, Woo Yang-Woo.
  5. Manakala Lee Myungsoo seorang suri rumah dan mempunyai suami yang merupakan seorang doktor. Dia juga memiliki seorang anak lelaki

Drama tersebut tentang keluarga yang amat pentingkan pelajaran anak-anak mereka. Manakala perkataan "SKY CASTLE" tersebut merupakan satu taman ataupun kediaman di mana mereka duduk. Bermaksud mereka merupakan jiran. 

Konflik bermula apabila, Lee Myung Soo meninggal dunia dengan cara membunuh diri sendiri. Pada hari selepas pengebumian, suami dan anak kepada Lee Myung Soo telah berpindah daripada Sky Castle ke tempat lain. Manakala, keluarga Lee Soo Im telah berpindah ke rumah Lee Myung Soo. 

Setelah itu, Lee Soo Im tertanya mengapa Lee Myung Soo boleh membunuh diri dan sebagainya. 

Cerita ini semakin menarik apabila, Han Seo Jin telah mengambil Kim Joo Young sebagai guru tuisyen anaknya. Tetapi terdapat misteri disebalik Kim Joo Young ini. Kim Joo Young juga merupakan bekas guru kepada anak Lee Myung Soo.

 Setelah itu, satu demi satu misteri dibongkarkan sehinggalah habis. 
Yang itu anda perlu nonton sendiri apa yang terjadi. Hehe

Secara kesimpulannya, drama ini mengajarkan penonton kenapa ibu bapa perlu tidak terlampau mamaksa anak mereka untuk berjaya dalam pelajaran. Sebagai contoh, watak anak dalam semua keluarga tersebut mereka menghadapi perasaan stress dan sebagainya. 

Tetapi, pengakhiran cerita ini amat baik bagi saya. Pengarah mampu menyelesaikan semua masalah dalam 5 buah keluarga tersebut dengan baik. 

Sebagai contoh, No Seung Hye mampu merendahkan ego suaminya yang begitu ketat terhadap pelajaran anak mereka. Pendekatan Lee Soo Im yang tidak mengambil guru tuisyen kepada anaknya begitu baik yang penting anaknya tersebut fokus ketika di kelas. 

Saya dapat bagi rating 4.8/5 bintang untuk drama ini. Seriusss best!!! 




Sunday, 29 December 2019

Sarawak

Kerja kosong Sarawak  ❗

Jangan Ketinggalan mengikuti telegram kami : https://t.me/carikerjasemalaysia

1️⃣Kerani tadbir merangkap tele- jualan di Success Span Sdn Bhd
📍Jalan Rubber, Kuching
📑Minima kelayakan : SPM / Diploma / Ijazah atau akademik yang lebih tinggi dalam mana-mana bidang
💲Gaji: RM 1,000 - RM 3,000
🎁Manfaat : 5 hari bekerja / latihan percuma / Insentif
Sila  mohon di sini 📌 : https://www.maukerja.my/job/807564-admin-clerk-cum-telesales?ref=carikerjamalaysia
-----------------------------------------------

2️⃣  Juruwang di Courts
📍 Bintulu
📑Minima Kelayakan : SPM
💲Gaji : RM 1,100 - RM 1,300
🎁Manfaat :SOCSO/Insurans/ Cuti
Mohon di sini 📌: https://www.maukerja.my/job/821544-cashier-bintulu?ref=carikerjamalaysia
------------------------------------------------
3️⃣Juruteknik salutan kereta
📍 Block 16 Jalan Tun Jugah KCLD, Kuching
📑Minima kelayakan : SPM/ Mempunyai kemahiran dalam bidang kereta
💲Gaji: RM 1,100 - RM 2,500
🎁Manfaat : KWSP/SOCSO
Mohon di sini 📌:https://www.maukerja.my/job/824090-car-coating-technician?ref=carikerjamalaysia

-------------------------------------------------

4️⃣Penolong pengurus perhubungan pelanggan di Ku One
📍Lot 33-39, Jalan Wan Alwi, Kuching, Sarawak, 93350, Malaysia
📑Kelayakan : Mempunyai degree dalam bidang berkaitan dan setaraf
💲Gaji : RM 3,000.00 - RM 5,000.00
🎁Manfaat :  Komisen / Bonus
Mohon disini 📌: https://www.maukerja.my/job/824248-assistant-customer-relationship-manager-?ref=carikerjamalaysia

Monday, 7 October 2019

Cari Kerja Part 13

                       
  • Kerja sebagai pembantu jualan(sales assistant) 
  • Guardian Kota Kinabalu Sabah
  • Kerja separuh masa(part time)
  • Gaji : RM 1 000- 1 200
  • Tarikh tutup permohonan : 25 okt 2019 sila mohon di sini : klik disini 
Kelayakan
  • Minimum mempunyai SPM
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik
  • Boleh bekerja waktu cuti awam dan hujung minggu
Tugas
  • Bertanggungjawab terhadap semua jualan yang dijual
  • Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang
  • Memastikan kaunter sentiasa berssih

Manfaaat 
  • EPF
  • SOCSO
  • Perlindungan perubatan
  • Disediakan latihan
  • Disediakan pakaian untuk kerja

Sunday, 29 September 2019

Cari Kerja Part 12

Assalammualaikum


,
logo



Kerja : Pelayan Restoran
Lokasi : Lot G-5, Jalan Pintas, Kepayan Ridge,Kota Kinabalu 
Gaji : RM 1 200
Tarikh tutup permohonan : 12 okt 2019
Mohon disini : Mohon disini

Kelayakan & Tugas : 
  • Warga Malaysia
  • Mempunyai sikap kerja yang positif
  • Ambil pesanan daripada pelanggan
  • Memastikan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberi
  • Memastikan kebersihan dijaga 

Manfaat :

  • Penginapan disediakan tetapi dipotong RM 100 dari gaji
  • Bekerja 6 hari seminggu
  • 2 jam waktu rehat antara waktu tgh hari dan makan malam. 



Wednesday, 25 September 2019

Cari Kerja Part 11

 Bissmillahhirromahnirrahim 

Tarikh akhir permohonan di bawah pada 4 Okt 2019 .

                         logo
Penghantar Pizza di Dominos Pizza 
Alamat kerja : Lot A1-2@Bundusan,Jalan Bundusan,Jalan Penampang,88300 Kota Kinabalu 
  • Gaji: RM 1 100- RM 1 600
  • Kerja sepenuh masa / separuh masa

Kelayakan dan tugas 
  • Warganegara
  • Umur lebih 18 tahun
  • Minimum SPM
  • Memiliki lesen B2 ( Wajib)
  • Boleh bekerja shift,hujung minggu dan cuti umum
  • Menghantar pesanan piza terus kepada pelanggan dalam masa yang ditetapkan dan mengikut prosedur penghantaran yang ditetapkan oleh pihak syarikat
  • Mematuhi standard Domino
  • Mematuhi semua prosedur yang ditetapkan
  • Memberikan kerja berpasukan yang baik
Manfaat

Kerja sepenuh masa

  • Menikmati faedah perubatan dan insurans seperti kemalangan dan rawatan pesakit luar
  • Elaun penghantaran yang menarik
  • Bonus tahunan (setiap hujung tahun)
  • Sumbangan EPF dan SOCSO
  • Peluang untuk kenaikan pangkat and kemajuan kerjaya
  • Makanan staff disediakan
Kerja separuh masa

  • Gaji mencecah RM5.80 sejam
  • Elaun peghantaran yang menarik
  • Waktu kerja yang fleksibel (sekurang-kurangnya 4 jam sehari)
  • Peluang untuk kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya
  • Makanan staff disediakan
Boleh mohon kerja tersebut di sini :  Tekan di sini